Langkah-Langkah Untuk Pos Motor ~ NuhaSwan Courier Service
Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Semoga sihat walafiat disamping keluarga tersayang. Pada posting kali ini, suka untuk saya maklumkan prosedur atau tatacara penghantaran motor /barang-barang bermula dari awal sampai akhir. Langkah pertama : Anda perlu nyatakan dengan jelas lokasi tempat pick up dan drop off motor anda. Contoh : Tempat pick up - Kg. Binjai Kemaman Terengganu Tempat drop off - Taman Ampang Jaya KL Langkah kedua : Setelah setuju dengan harga yang ditawarkan, anda perlu lengkapkan borang maklumat yang dihantar melalui telefon (whatsapp). Disini anda WAJIB melengkapkan semua maklumat yang diperlukan seperti alamat, no tel, poskod. Anda tidak perlu bimbang kerana maklumat anda dirahsiakan. Langkah ketiga : Setelah setuju dengan tarikh pick up dan drop, anda perlu pastikan pengirim dan penerima motor berada di lokasi dan sentiasa dapat dihubungi. Pekerja kami akan hubungi pengirim dan penerima motor anda. Anda boleh wakilkan kepada jiran atau kawan-k...