Langkah-Langkah Untuk Pos Motor ~ NuhaSwan Courier Service


 Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Semoga sihat walafiat disamping keluarga tersayang.

Pada posting kali ini, suka untuk saya maklumkan prosedur atau tatacara penghantaran motor /barang-barang bermula dari awal sampai akhir.

Langkah pertama : Anda perlu nyatakan dengan jelas lokasi tempat pick up dan drop off motor anda.

Contoh : 

Tempat pick up - Kg. Binjai Kemaman Terengganu 

Tempat drop off - Taman Ampang Jaya KL


Langkah kedua : Setelah setuju dengan harga yang ditawarkan, anda perlu lengkapkan borang maklumat yang dihantar melalui telefon (whatsapp). Disini anda WAJIB melengkapkan semua maklumat yang diperlukan seperti alamat, no tel, poskod. Anda tidak perlu bimbang kerana maklumat anda dirahsiakan.


Langkah ketiga : Setelah setuju dengan tarikh pick up dan drop, anda perlu pastikan pengirim dan penerima motor berada di lokasi dan sentiasa dapat dihubungi. Pekerja kami akan hubungi pengirim dan penerima motor anda. Anda boleh wakilkan kepada jiran atau kawan-kawan jika anda bekerja atau tiada di lokasi semasa pekerja kami datang.

Langkah keempat : Bayaran dibuat dan resit akan dikeluarkan. Bayaran boleh dibuat secara tunai ataupun transfer online.

Langkah kelima : Tamat proses pick up dan drop off motor anda. Motor anda selamat tiba ke lokasi tanpa perlu bersusah payah mengerah tenaga. Anda hanya tunggu di lokasi sahaja, tidak perlu datang ke pusat pengumpulan atau beratur di kaunter. Sangat mudah dan pantas.

Untuk posting akan datang saya akan jelaskan lagi beberapa perkara penting semasa proses penghantaran motor /barang-barang anda.

Yang kami utamakan ialah kemudahan kepada anda. Kerana kami turut tumpang gembira apabila motor anda selamat tiba ke destinasi. 

"Kepuasan Anda Adalah KEUTAMAAN Kami" 

Sekian terima kasih. 

Hubungi kami segera di wa.me/601156905432 

Comments

Popular posts from this blog

Pintu ke Pintu Servis Pos Motor

Penghantaran Motosikal Terpantas

Door to door delivery