Servis Pos Motor dan Barang-barang Rumah Ke Rumah

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Untuk posting kali ni, saya akan menceritakan secara lebih lanjut berkenaan perkhidmatan pos motor dan barang-barang dengan syarikat servis pos motor kami.



Antara perkara penting yang biasa berlaku semasa menggunakan servis pos motor dan barang-barang dengan kami ialah :

1) Laluan lori menuju ke rumah pelanggan yang sempit atau tiada laluan langsung. Jadi lori kami terpaksa parking jauh di kawasan lapang. 

Bagi rmh yg berlaluan & berkawasan sempit, pihak kami boleh angkut atau bawa motor dan barang-barang pelanggan dari kawasan parking lori ke rumah anda. Bagaimanapun caj man power akan dikenakan bergantung kepada jarak lori dgn tempat pick up atau drop.

2) Rumah bertingkat. 

Bagi rumah bertingkat, samada rumah 2 tingkat, rumah flat atau kondominium, pihak kami tidak bawa motor dan barang-barang pelanggan ke atas atau ke bawah. Pihak pelanggan sebaiknya menyediakan 'manpower' sendiri untuk membawa barang-barang dari tingkat atas ke bawah dan dari bawah ke tingkat atas.

Jika tiada manpower, pelanggan boleh minta pekerja kami untuk bawakan dengan dikenakan caj manpower. Caj tersebut bergantung kepada bilangan tingkat, jarak dari parking lori ke tangga/lift , saiz dan juga berat barang-barang.

Pihak kami memohon jasa baik pelanggan-pelanggan sekalian untuk menyediakan ramai 'manpower' jika barang-barang terlalu banyak atau berat, kerana pekerja kami juga orang biasa yang berkudrat biasa, tidak mampu untuk mengangkat barang-barang yang terlalu berat dan besar.

Sampai sini dulu posting saya kali ni, Insya-Allah akan bersambung lagi. 

Terima kasih. 

Anda Nak Pos Motor / Barang-barang?

Hubungi pejabat kami di wa.me/601156905432.

Servis Pos Motor NuhaSwan Trading


Comments

Popular posts from this blog

Pintu ke Pintu Servis Pos Motor

Penghantaran Motosikal Terpantas

Door to door delivery